Thursday, October 21, 2010

ilmu itu belian

ilmu ibarat belian. sape nak kaya, pegi kutip belian.
(confius. belian ke berlian? owh mungkin berlian)

flashback: kejadian accident di dalam hutan dan cara - cara mengendalikan.

2hari after balik msia summer lepas, teman abah masuk kebun. dan tetibe selisih dgn accident di antara motor dan lori. cermin depan lori pecah dan penunggang motor itu tercampak ke tepi.. aku pun dah cuak. abah ckp, ti pegi tolong. OMG! ape aku nak buat.xpernah kot handle real situation. dah la sorg2 ok. sorg2 je yg ade pengetahuan pasal emergency ni. erk. aku ckp kat abah, bah..takut.. abh ckp, jgn takut. relax. ok. aku pun relaxxxxx..tarik nafas and mula berfikir. ok. tyme tu, otak mula memilih milih ilmu yg da belajar, yang mane satu untuk diaplikasi kan. ok. first, basic principles of trauma dan 2nd, emergency dalam hutan yg belajar tyme IMAM symposium kat uk dulu. serius yg tu jugak laaa aku aplikasikan. combine due2.

penyelesaian:
ok. kalau anda terserempak dgn accident esp di dalam hutan, mula2, tgk keadaan mangsa. periksa semua, ade heavy bleeding atau tidak from head to toe. then, tgk di mana injury. dalam kes pakcik ni, injury yg paling ketara adalah di kaki (kanan ke kiri xingt). dalam apa jua keadaan, mari semua assume yang tulang mungkin patah. dlm keadaan mcm tu, kite xtahu.so, langkah berjaga-jaga, elakkan tulang patah itu, menyebabkan luka yg lebih teruk.

so, amek apa2 sahaja yg ade di sekeliling anda untuk menampung kaki patah tu. dalam kes ni, naseb baek ade ranting kayu yg pnjg

(glemer jap pakcik ni. google je gmbar ni)

make sure kukuh jugak. cari 2btg kayu, letak kiri kanan, cari tali or baju or pape, yg boleh ikat kayu td pada kaki mangsa. opss lupe. luruskan dulu kaki mangsa perlahan2. sakit kott +_+ ok. ikat tali td di bahagian femur (peha) dan buku lali. tu yg penting. kalau ade extra, ikat la kat lutut. kalau ada papan lagi bagus, letak je bawah kaki, kemudian ikat macam tadi. kemudian, mari ramai ramai angkat mangsa ke dalam kereta atau ford ranger kale biru.

then, suruh ayah anda drive dan anda berada dgn mangsa. jgn lupa amek history. nama, umur, kerja, rumah kat mane, ada sakit ape2 yg kronik x. tny sementara mangsa masih sedarkan diri. sebab takut mangsa pitam mungkin sebab hilang darah atau cedera kat kepala ke ape, so, bile da smpai hospital or klinik, boleh terus bgtaw doktor atau sesiapa yg berkaitan.

da selesai, jangan lupe bersihkan darah di belakang ford ranger biru tadi +_+

pengajaran: cari lah ilmu sebanyak mungkin sebab anda xtahu yang sebenarnya, bila anda akan menggunakan ilmu tersebut. bersedia bila bila masa xkira di mana jua. lebih lebih lagi amek medic, kalau ada apa apa, orang terus akan carik kite. kalau jd macam kes ni, tetibe xtaw nk buat ape, baek quit medic amek ekonomi rumah tangga +_+

Alhamdulillah ya Allah. engkau beri aku pengalaman berharga ini.

yang paling best, bile smpai klinik, orang tu tgk2 ape yg aku da buat kat kaki pakcik tu, smbil angguk2. hmmm.. masuk ambulance.

wuhuuu. jerit dlm hati. betul la eh aku buattt. bangga jap. first precious experience. :)

pengajaran 2: ilmu Allah tu luas. bukan dalam medic je. dalam semua perkara terutama dalam hal agama. today, sedar lagi satu perkara. u learnt but never practice is the same like u never learn. so, go practice!

p/s: last nyte dapat berita kematian ibu kawan sebab cancer. innalillah.. semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang - orang beriman.. jap lg nak p masjid nak tolong mandikan jenazah. kene sentiasa bersedia dalam hal hal mcm ni because who knows nnt u r the only person yang wajib buat, so, nak harapkan siapa lagi?
______________________

pengajaran 3: jangan percaya statement membuta tuli je tanpa merujuk sumber yang sah. nnt xpasal2, kalau orang yg tulis ni salah, semua pakat ramai2 salah. haha. ni berdasarkan pengalaman budak medic baru abes 2nd year yang belajar medic pun terkontang kanting. maka, sila lah rujuk pada sumber yang sah ok. jangan nnt kalau lecturer anda cakap bertenatangan dgn statement di atas, anda bangkang lecturer bertaraf professor tu pulak. cannot cannot +_+

ok. da panjang. bye!

No comments: